perjalananku bersama alquran
Monday, January 9, 2017
NOTA UNTUK E-BOOK
PERJALANAN AL BAQOROH :
1. CIRI CIRI ORANG YANG BERJAYA DI DALAM ISLAM:
- BERIMAN KEPADA PERKARA PERKARA GHAIB
- sOLAT
- sEDEQAH
- PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT
2. ORANG ORANG YANG BERTAQWA:
- DIRIKAN SOLAT
- ZAKAT
- SOLAT BERJEMAAH
3. KETIKA DI DALAM KESUSAHAN:
- SOLAT
-SABAR
Day 10
Kita teruskan perjalanan kita....
Ayat 70: Mereka berkata lagi:" Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkannya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya) dan kami in shaa allah akan mendapat petunjuk (atau mencari dan menyembelih lembu itu)"
Ayat 71: Nabi Musa menjawab," Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah ( sawah bendang)dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menjirus tanaman; ia juga tidak cacat, dan tidak ada belang pada warnanya," Mereka berkata:" Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar"> Maka merekapun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.
Ayat 72: Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.
Ayat 73: Maka Kami (Allah) berfirman:" Pukullah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu " (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya. Supaya kamu memahaminya.
Ayat 74: Kemudian sesudah itu hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang trpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lau keluar air mata daripadanya; dan juga ada diantaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Alah; sedang Allah tidak sekali kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
75: (Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalan Allah(Tsurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah?)
Ayat 76: Dan apabila mereka (orang-orang yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata" Kami telah beriman;" dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata:" Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang islam)dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam kitab Taurat' mengenai kebenaran Nabi (Muhammad) untuk menjadikannya hujjah (bukti) yang dapat mengalahkan kami di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?"
CATATAN PERJALAN
ALHAMDULILLAH
Day 9
alhamdulillah Allah bagi kelapangan untuk menyambung perjalaan saya untuk hari ke 9.
62: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang orang yahudi, dan orang-orang Nasaara(Nasrani),dan orang-orang Saabi'in sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dab (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepadamereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Ayat 63: Dan (Ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan gunung Thursian di atas kamu(sambil Kami berfirman): Terimalah Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut di dalamnya, supaya kamu bertaqwa.
Ayat 64: Kemudian sesudah itu kamu membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya); maka kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang rugi.
Ayat 65: Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu kami berfirman kepada mereka;"Jadilah kamu kera yang hina".
Ayat 66: Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
Ayat 67: Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya," sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina, mereka berkata "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan? Nabi Musa menjawab " Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tiak patut)
Ayat 68: Mereka berkata pula," Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab " Bahawasanya Allah berfirman : Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya.
Ayat 69: Mereka berkata lagi, "Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkannya kepada kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab;" Bahawasanya Allah berfirman : Bahawa (lembu betina) itu iala seekor lembu kuning, kuning tua warnanya, ;agi menyukakan orang-orang yang melihatnya."
CATATAN PERJALANAN

Thursday, January 5, 2017
Day 8
alhamdulillah. idea untuk mengadakan kelas percuma yang Allah bagi telah dilaksanakan. lebih dari 25 peserta yang nak ikuti kelas. Allahu, menitis airmata membaca biodata peserta. Semoga Allah beri kekuatan untuk saya mengadakan kelas percuma ini.
Saya teruskan perjalanan saya hari ini dengan ayat ke 58.
Ayat 58: Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman"masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah kamu dari benda-benda yang ada didalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan berkata:" Ya Allah! ampunilah dosa kami", supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahalaorang-orang yang berbuat baik".
Ayat 59: Kemudian orang-orang yang zalim (menderhaka) itu mengubah perkataan (perintah Kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka, Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itubala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).
Ayat 60: Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman" Pukullah batu itu dengan tongkatmu" (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman)"Makanlah dan minumlah kamudari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi."
Ayat 61: Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata"Wahai Musa, kami tidak sabar(sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja. Maka pohonkanlah kepadaTuhanmu untuk kami supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi, dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya dan kacang dalnya serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab " Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu." Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah, Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya): dan mereka pula membunuh Nabi-Nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.
CATATAN PERJALANAN:
ALHAMDULILLAH PAGI INI SEMASA SEDANG MEMANDU MENGHANTAR ADIK KE TEMPAT KERJA, ALLAH ILHAMKAN SUPAYA MEMBERI KELAS BACKPACK PERCUMA KEPADA SEMUA ORANG. ALLAHU. AKAN DIUSAHAKAN IN SHAA ALLAH.

Day 7
alhamdulillah sudah hari ketujuh saya: jom saya teruskan dengan ayat 49.
Ayat 49: Dan (kenangkanlah ) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaundan orang-orangnya, yang sentiasa menyiksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencanadan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.
Ayat 50: Dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut (Merah)untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara firaun), maka kami selamatkan kamu dan kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
Ayat 51: Dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa(untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).
Ayat 52: Kemudian sesudah itu Kami memaafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.
Ayat 53: Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi MusaKitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), su[aya kamu mendapat petunjuk.
Ayat 54: Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya " wahai kaumku,sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri denga sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima Taubat) lagi Maha Mengasihani.
Ayat 55: Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata" Wahai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.
Ayat 56: Kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu) supaya kamu bersyukur;
Ayat 57: Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir). dan Kami turunkan kepada kamu Manna dan Salwa (serta Kami berfirman) " Makanlah makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu" Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu) tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri".
CATATAN PERJALANAN
ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
BREAKFAST SENDIRIAN PAGI NI. ALLAH ILHAMKAN UNTUK MENGADAKAN KELAS BACKPACK PERCUMA UNTUK 10 ORANG IBU TUNGGAL, SURI RUMAH YANG PENDAPATAN ISI RUMAH DI BAWAH 3000 DAN JUGA ORG KURANG UPAYA.
ALHAMDULILLAH ALLAH KIRIMKAN 15 PESERTA. IN SHAA ALLAH KELAS AKAN START 7 FEB NANTI. SEMOGA 15 PESERT INI AKAN MEMBERI PULANGAN 150% PULANGAN UNTUK SAHAM AKHIRAT SAYA.
ALLAH JUGA MENGILHAMKAN BAGAIMANA SEKIRANYA SAYA NAK BERKOLABORASI DENGAN KOLEJ KOMUNITI UTK MENGHASILKAN KELAS KELAS ONLINE.
ALLAH JUGA MENGILHAMKAN UNTUK SAYA MENGATUR PELAN TINDAKAN UNTUK MENGELUARKAN EBOOK MENGENAI PERNIAGAAN DENGAN ALQURAN. IN SHAA ALLAH.
MAHA BESAR ALLAH MAHA SUCI ALLAH MAHA AGONG ALLAH.

DAY 6
alhamdulillah masih Allah pinjamkan nyawa utk berada di sini lagi. jom kita sambung dengan ayat 38.
Ayat 38: Kami berfirman lagi " Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-Rasul dan Kitab-Kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (daro sesuatuyang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita".
Ayat 39: Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itu ialah ahli neraka,mereka kekal di dalamnya.
Ayat 40: Wahai Bani Israel! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah aku berikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain)
Ayat 41: Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk)membali kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendalah kamu bertaqwa.
Ayat 42: Dan janganlah kamu campuradukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
Ayat 43: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
Ayat 44: Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
Ayat 45: Dan mintaklah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang kitu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk,
Ayat 46: (Iaitu) mereka yang percaya dengan yajin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
Ayat 47: Wahai Bani Israel! kenangkanlah nikmat-nikmatmu yang telah Aku kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat) dahulu atas orang-orang (yang ada pada zamannya)
Ayat 48: Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara)hari (akhirat) yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpon (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan;dan mereka (yang bersala itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.
CATATAN PERJALANAN:
ALHAMDULILLAH SELESAI.

Day 5
Alhamdulillah sampai kita ke Day 5.
Ayat 30: Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat:"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." Mereka bertanya(tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata)"Adakah Engkau (ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman:"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya";
Ayat 31: Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam akan segalanama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkan kepada Malaikat lalu Ia berfirman;" Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar";
Ayat 32: Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)!Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dariapa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha mengetahui , lagi Maha Bijaksana";
Ayat 33: Allah berfirman,"Wahai Adam! terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada merekea". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman:"Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan!";
Ayat 34: Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada Malaikat:" Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu merekasekelian tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
Ayat 35: Dan Kami berfirman:" Wahai Adam ! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokokini; (jika kamu menghampirinya} maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim";
Ayat 36: Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan Kami berfirman:" Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)'.
Ayat 37: Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya: sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Mengampun (Penerima Taubat), lagi Maha Mengasihi.
CATATAN PERJALANAN.
HARI INI PEGI BREAKFAST DENGAN NINI DI RESTORAN ASAM PEDAS BANGI (OUR USUAL LEPAKING POINT). ADA KOLABORASI UNTUK PENGHASILAN PURSE MELIBATKAN SEORANG CRAFTER YANG MEMANG MEMERLUKAN PENDAPATAN UNTUK MENAMPUNG HIDUP..ALLAHU SEGALANYA ADALAH DENGAN PERANCANGAN ALLAH.
HARI INI ALLAH KEJUTKAN UNTUK BANGU DI DUA PERTIGA MALAM.
LALU NIKMAT ALLAH YANG MANA KAH YANG AKU DUSTAKAN?
TIDAK ADA YA ALLAH; SEGALANYA ADALAH DI TANGANMU YA RABB.

Subscribe to:
Posts (Atom)