Kita teruskan perjalanan kita....
Ayat 70: Mereka berkata lagi:" Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkannya kepada kami lembu betina yang mana satu? Kerana sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya) dan kami in shaa allah akan mendapat petunjuk (atau mencari dan menyembelih lembu itu)"
Ayat 71: Nabi Musa menjawab," Bahawasanya Allah berfirman: Sebenarnya lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah ( sawah bendang)dan tidak pula (digunakan mengangkut air) untuk menjirus tanaman; ia juga tidak cacat, dan tidak ada belang pada warnanya," Mereka berkata:" Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar"> Maka merekapun menyembelih lembu yang tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah) itu.
Ayat 72: Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.
Ayat 73: Maka Kami (Allah) berfirman:" Pukullah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu " (Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya. Supaya kamu memahaminya.
Ayat 74: Kemudian sesudah itu hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang trpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lau keluar air mata daripadanya; dan juga ada diantaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Alah; sedang Allah tidak sekali kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
75: (Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalan Allah(Tsurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah?)
Ayat 76: Dan apabila mereka (orang-orang yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata" Kami telah beriman;" dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata:" Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang islam)dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam kitab Taurat' mengenai kebenaran Nabi (Muhammad) untuk menjadikannya hujjah (bukti) yang dapat mengalahkan kami di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?"
CATATAN PERJALAN
ALHAMDULILLAH
No comments:
Post a Comment