alhamdulillah sudah hari ketujuh saya: jom saya teruskan dengan ayat 49.
Ayat 49: Dan (kenangkanlah ) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaundan orang-orangnya, yang sentiasa menyiksa kamu dengan seksa yang seburuk-buruknya; mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; sedang kejadian yang demikian itu mengandungi bala bencanadan cubaan yang besar dari Tuhan kamu.
Ayat 50: Dan (kenangkanlah) ketika Kami belahkan laut (Merah)untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara firaun), maka kami selamatkan kamu dan kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya.
Ayat 51: Dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa(untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri).
Ayat 52: Kemudian sesudah itu Kami memaafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.
Ayat 53: Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi MusaKitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), su[aya kamu mendapat petunjuk.
Ayat 54: Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya " wahai kaumku,sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri denga sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima Taubat) lagi Maha Mengasihani.
Ayat 55: Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata" Wahai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.
Ayat 56: Kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu) supaya kamu bersyukur;
Ayat 57: Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir). dan Kami turunkan kepada kamu Manna dan Salwa (serta Kami berfirman) " Makanlah makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu" Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu) tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri".
CATATAN PERJALANAN
ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH
BREAKFAST SENDIRIAN PAGI NI. ALLAH ILHAMKAN UNTUK MENGADAKAN KELAS BACKPACK PERCUMA UNTUK 10 ORANG IBU TUNGGAL, SURI RUMAH YANG PENDAPATAN ISI RUMAH DI BAWAH 3000 DAN JUGA ORG KURANG UPAYA.
ALHAMDULILLAH ALLAH KIRIMKAN 15 PESERTA. IN SHAA ALLAH KELAS AKAN START 7 FEB NANTI. SEMOGA 15 PESERT INI AKAN MEMBERI PULANGAN 150% PULANGAN UNTUK SAHAM AKHIRAT SAYA.
ALLAH JUGA MENGILHAMKAN BAGAIMANA SEKIRANYA SAYA NAK BERKOLABORASI DENGAN KOLEJ KOMUNITI UTK MENGHASILKAN KELAS KELAS ONLINE.
ALLAH JUGA MENGILHAMKAN UNTUK SAYA MENGATUR PELAN TINDAKAN UNTUK MENGELUARKAN EBOOK MENGENAI PERNIAGAAN DENGAN ALQURAN. IN SHAA ALLAH.
MAHA BESAR ALLAH MAHA SUCI ALLAH MAHA AGONG ALLAH.
No comments:
Post a Comment