Hasil melihat vedio ustaz Yusuf Mansur, ingin aku catatkan detik detik perjalananku bersama Al-Quran. Aku hasilkan catatan ini untuk kegunaan sendiri dan juga anak anak serta cucu cucu ku, sekiraya mereka mahu melihat. Kalau tidak, tidak apa, cuma untuk diri sendiri.
Sedikit petikan dari Ust Yusuf, " kalau mahu lihat perubahan diri, khatamkan alquran sehari satu page. Baca satu ayat kemudian baca terjemahannya." Inshaa allah kita akan lihat perubahan di dalam diri kita. Seperti kata Ust Nouman Ali Khan, apabila kita membaca alquran, kita sedang berjalan menuju Allah dan apabila kita berdoa Allah sedang berjalan menuju kita..Subhanallah maha suci allah.
Dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohim aku mulakan perjalananku bersama Alquran.
Keadaan diriku sekarang:
1. Susah Bangun Malam
2. Iysak selalu lambat
3. Susah bangun pagi, perlu ada alarm clock
4. Tidak ada wang simpanan
5. Mempunyai mesen sulaman yang belum ada pendapatan dari pelaburan ini.
6. Ada kencing manis
Hari ini saya mulakan dengan Surah Al Baqoroh page 1. Terjemahan surah ini mengikut ayat:
1. Alif Laam Mim.
2. Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya) ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;
3. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan( sebahagian dari rezqi yang Kami berikan kepada mereka;
4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada kitab Al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan Kitab-Kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat;
5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
No comments:
Post a Comment