Jom kita teruskan perjalanan kita.
Ayat 25: Dan berilah kabar gembira kepada orang orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah buahan Syurga itu, merekaberkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu". dan mereka diberikan rezeqi itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka di dalam syurga itu pasangan-pasangan/isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
Ayat 26: Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmahnya) iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkara:"apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?"(Jawabnya) Tuhan akanmenjadikan banyak orang sesat dengan sebabperbandingan itu,dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesatdengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasiq.
Ayat 27: (Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli)perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya,dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Meeka itu ialah orang-orang yang sungguh rugi.
Ayat 28: Bagaimana kamu trgamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu, setelah itu Ia mematikan kamu. Kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari Akhirat) kelak;akhirnya kamu dikembalikan kepadaNYa(untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
Ayat 29: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada dibumi, kemudian Ia menuju dengan kehendaknyake arah (bahan-bahan)langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment