alhamdulillah masih Allah pinjamkan nyawa utk berada di sini lagi. jom kita sambung dengan ayat 38.
Ayat 38: Kami berfirman lagi " Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-Rasul dan Kitab-Kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (daro sesuatuyang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita".
Ayat 39: Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itu ialah ahli neraka,mereka kekal di dalamnya.
Ayat 40: Wahai Bani Israel! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah aku berikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain)
Ayat 41: Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk)membali kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendalah kamu bertaqwa.
Ayat 42: Dan janganlah kamu campuradukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.
Ayat 43: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
Ayat 44: Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
Ayat 45: Dan mintaklah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang kitu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk,
Ayat 46: (Iaitu) mereka yang percaya dengan yajin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.
Ayat 47: Wahai Bani Israel! kenangkanlah nikmat-nikmatmu yang telah Aku kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat) dahulu atas orang-orang (yang ada pada zamannya)
Ayat 48: Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara)hari (akhirat) yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpon (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan;dan mereka (yang bersala itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.
CATATAN PERJALANAN:
ALHAMDULILLAH SELESAI.
No comments:
Post a Comment