Thursday, January 5, 2017

Day 5

Alhamdulillah sampai kita ke Day 5.

Ayat 30:  Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat:"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi."  Mereka bertanya(tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata)"Adakah Engkau (ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?" Tuhan berfirman:"Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya";

Ayat 31:   Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam akan segalanama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkan kepada Malaikat lalu Ia berfirman;" Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar";

Ayat 32:  Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)!Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dariapa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha mengetahui , lagi Maha Bijaksana";

Ayat 33:  Allah berfirman,"Wahai Adam! terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada merekea".  Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman:"Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan!";

Ayat 34:  Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada Malaikat:" Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam".  Lalu merekasekelian tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Ayat 35:  Dan Kami berfirman:" Wahai Adam ! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokokini; (jika kamu menghampirinya} maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim";

Ayat 36:  Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya;  dan Kami berfirman:" Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)'.

Ayat 37:  Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya:  sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Mengampun (Penerima Taubat), lagi Maha Mengasihi.

CATATAN PERJALANAN.

HARI INI PEGI BREAKFAST DENGAN NINI DI RESTORAN ASAM PEDAS BANGI (OUR USUAL LEPAKING POINT).  ADA KOLABORASI UNTUK PENGHASILAN PURSE MELIBATKAN SEORANG CRAFTER YANG MEMANG MEMERLUKAN PENDAPATAN UNTUK MENAMPUNG HIDUP..ALLAHU SEGALANYA ADALAH DENGAN PERANCANGAN ALLAH.

HARI INI ALLAH KEJUTKAN UNTUK BANGU DI DUA PERTIGA MALAM.

LALU NIKMAT ALLAH YANG MANA KAH YANG AKU DUSTAKAN?
TIDAK ADA YA ALLAH; SEGALANYA ADALAH DI TANGANMU YA RABB.

No comments:

Post a Comment