alhamdulillah. idea untuk mengadakan kelas percuma yang Allah bagi telah dilaksanakan. lebih dari 25 peserta yang nak ikuti kelas. Allahu, menitis airmata membaca biodata peserta. Semoga Allah beri kekuatan untuk saya mengadakan kelas percuma ini.
Saya teruskan perjalanan saya hari ini dengan ayat ke 58.
Ayat 58: Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman"masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah kamu dari benda-benda yang ada didalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan berkata:" Ya Allah! ampunilah dosa kami", supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahalaorang-orang yang berbuat baik".
Ayat 59: Kemudian orang-orang yang zalim (menderhaka) itu mengubah perkataan (perintah Kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka, Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itubala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka).
Ayat 60: Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman" Pukullah batu itu dengan tongkatmu" (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman)"Makanlah dan minumlah kamudari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi."
Ayat 61: Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata"Wahai Musa, kami tidak sabar(sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja. Maka pohonkanlah kepadaTuhanmu untuk kami supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi, dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya dan kacang dalnya serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab " Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu." Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah, Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya): dan mereka pula membunuh Nabi-Nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh.
CATATAN PERJALANAN:
ALHAMDULILLAH PAGI INI SEMASA SEDANG MEMANDU MENGHANTAR ADIK KE TEMPAT KERJA, ALLAH ILHAMKAN SUPAYA MEMBERI KELAS BACKPACK PERCUMA KEPADA SEMUA ORANG. ALLAHU. AKAN DIUSAHAKAN IN SHAA ALLAH.
No comments:
Post a Comment